Saturday, 24 September 2016

3.0  RUMUSAN


  Kesimpulannya, dapat saya rumuskan disini.tentang apa yang telah dipelari. Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latarbelakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai; penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21. Guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya apabila mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran.






4.0 RUJUKAN

Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad (2006), Pengantar Pengurusan : Utusan Publication & Distributors Sdnn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

Mohammad Shatar Sabran (2005). Rahsia kecemerlangan Akademik : Utusan Publication & Distributors Sdnn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan, Ainon Mohd ( 2008), Bakat dan Kemahiran Memimpin : PTS Professional, Batu Caves, Kuala Lumpur.

Mohd Azhar Abd. Hamid (2005). EQ: Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. PTS Professional. Batu Caves, Kuala Lumpur.

Chek Mat (2005), Kursus pengurusan program : Utusan Publications & Distributors Sdnn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

Anne Conzemius, Jan O'Neill (2006),  The Power of SMART Goals : Solution Tree Press, 

PERANCANGAN JADUAL BELAJAR



2.5   PERANCANGAN JADUAL BELAJAR


Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 - 7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5 - 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.

Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit. 

Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika. Iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya.

Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.

Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai.

Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tetang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.

Sediakan senarai tugas harian ("TO DO" lists) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey "Put first things first".

Rekodkan progress anda pada sehelai kertas. Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” anda.

Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.

Gunakan teknik membaca yang berkesan. Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.


Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”. Iaitu proses memanggil semula maklumat.

Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain. Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 - 2 jam dalam sehari. Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.

Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun? Kemana perginya lagi 350 hari masa anda

STRATEGI MENINGKATKAN INGATAN

2.1 STRATEGI MENINGKATKAN INGATAN

Umumnya daya ingatan atau kemahiran kognitif seseorang itu akan berkurangan secara beransur-ansur selepas umur 27 tahun. Namun begitu, beberapa usaha boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari penyakit Alzheimer dan nyanyuk yang lain.

1. Senaman dan aktiviti fizikal (seperti berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift)  secara rutin. 
Ini dapat menyihatkan jantung, kurang risiko obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak.

2. Tukar rutin harian.
Membuat rutin harian atau melihat perkara yang sama setiap hari menjadikan otak kita kurang berfungsi secara maksimum kerana tidak perlu berfikir. Ini menjadikan otak kurang aktif dan akan mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan. Contohnya, tukar cat dinding atau wall paper, ikut jalan berlainan untuk pergi ke tempat biasa atau tempat kerja supaya otak lebih peka dan berfikir.

3. Tidur sekejap waktu siang.
Kelebihan tidur sekejap waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, sudah menjadi sunnah Rasulullah SAW sejak lebih daripada >1430 tahun yang lalu. Kini, kelebihan tidur sekejap waktu siang juga telah diakui oleh pakar kerana ia dapat mempercepatkan proses yang membantu otak menguat dan menyimpan ingatan bagi tempoh yang lama.

4. Minda fotograf
Ingatan diproses dan disimpan di kawasan berlainan dalam otak. Oleh itu, bagi membantu menguatkan ingatan, amalkan minda fotograf iaitu dengan cara tangkap gambar di minda menggunakan deria yang ada, seperti deria penglihatan (lihat dan ingat apa-apa yang anda lihat, perhatikan warna, tekstur, rupa bentuk yang unik, dsb. yang boleh mengingatkan anda sesuatu yang pernah dilihat.), deria bau (camkan bau-bau tertentu), deria rasa (camkan rasa tertentu) dan lain-lain. Menggunakan minda fotograf ini dapat membantu anda mengingati sesuatu dalam tempoh yang lama.

5. Kurangkan makan
Kajian menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% dapat skor ujian memori lebih baik 20% berbanding sebelumnya. Ini mungkin disebabkan oleh pengurangan tahap insulin dihasilkan kerana ia kurang diperlukan untuk memproses makanan yang berkurangan jumlahnya, dan juga pengurangan protein C-reaktif yang berkait dengan keradangan. Kedua-dua faktor ini dapat memperbaiki daya ingatan. Kajian juga mendapati orang yang makan dengan diet Mediterranean iaitu makanan yang kaya dengan sayuran, kekacang, ikan dan minyak monotepu (seperti minyak zaitun), daging dan produk tenusu kurang lemak mempunyai risiko paling rendah menghadapi masalah kognitif dan penyakit Alzheimer.

6. Permainan latih otak
Permainan latih otak seperti soduko, silang kata, dan lain-lain, dapat membantu menguatkan daya ingatan dan melambatkan nyanyuk.

7. Layari internet
Beri masa bagi melayari internet dalam tempoh tertentu bagi melatih otak semasa mencari maklumat. Pakar neurologi yang bernama Gary Small (Pengarah di UCLA Memory & Aging Center, USA yang juga pengarang buku iBrain mengatakan bahawa melayari internet untuk mendapat sesuatu maklumat juga dianggap sebagai kursus latihan otak, terutamanya bagi orang-orang yang berumur antara 55 hingga 76 tahun. Ini dapat membantu mereka dalam membuat keputusan kerana maklumat yang banyak dalam minda/otak.

8. Berhenti sekejap untuk minum teh atau kopi
Teh hijau dan teh hitam memberi kesan perlindungan ke atas ingatan dengan cara mempengaruhi dan merangsang enzim di dalam otak supaya berfungsi. Kafein yang banyak dalam kopi pula meningkatkan konsentrasi. Namun begitu, jangan minum kafein secara berlebihan jika mahu mendapatkan manfaatnya, terutamanya bagi melambatkan fenomena nyanyuk pada hari tua.

9. Atasi depresi (kemurungan)Depresi yang tidak dirawat boleh mengganggu memori/daya ingatan. Jika anda mengalami depresi, segera dapatkan nasihat dan rawatan doktor.

10. Amalkan multi-tasking (kerja pelbagai)
Multi-tasking atau kebolehan melakukan pelbagai kerja/tugas dalam satu masa boleh meningkatkan daya ingatan. Contohnya, dengar muzik atau radio sambil belajar. Dengan cara ini, ingatan boleh dikembalikan atau ditajamkan dengan mengingati sesuatu melodi tersebut. Jika tidak boleh membuat beberapa kerja dalam satu masa, anda perlulah belajar dan praktiskan.

11. Kawal tahap gula dalam darah
Kajiaan menunjukkan fungsi otak menjadi perlahan apabila tahap gula dalam darah naik. Ini kerana salur darah yang membekalkan darah ke otak rosak. Jika anda pengidap diabetes Type-2, tahap gula dalam darah perlu dikawal. Jika sekiranya anda bukan pesakit diabetes, berat badan yang normal perlu dijaga dengan mengamalkan diet seimbang dan kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat bagi mengurangkan risiko mendapat diabetes.

12. Senaman mata
Gerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat sebagai senaman mata. Ini dapat membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berkomunikasi dengan baik, maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan.

13. Makan sayuran hijau.
Kekurangan folate dan vitamin B12 akan meninggikan risiko nyanyuk. Sayuran hijau pula merupakan sumber folate yang baik (contohnya, sayur salad, bayam, asparagus, parsley, brokoli, cauliflower (bunga kobis), beets dan sayur kacang) bagi mengurangkan nyanyuk. Selain itu, suplemen seperti vitamin C, gingko biloba, vitamin E dan kismis juga digalakkan.

14. Tangani apnea tidur.
Orang yang mengalami apnea semasa tidur (iaitu keadaan yang melibatkan laluan udara tersumbat semasa tidur menyebabkan pernafasan terhenti sebentar) akan menyebabkan keadaan tisu di otak yang menyimpan memori akan merosot.

15. Belajar sesuatu yang baru.
Dalam kehidupan seharian, banyak perkara atau aktiviti baru yang boleh dipelajari, selain daripada aktiviti yang biasa dilakukan secara rutin. Contohnya, permainan latihan minda yang baru, belajar bahasa baru, dan aktiviti-aktivi lain. Ini akan meningkatkan daya ingatan.

16. Berhenti merokok.
Perokok mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Alzheimer lebih awal daripada bukan perokok.

17. Makan coklat hitam
Coklat hitam yang mengandungi sebatian epicatechin memberi kesan peningkatan daya ingatan seseorang kerana ia membantu pembinaan salur darah. Makanan lain yang mengandungi epicatechin ialah blueberries, anggur dan teh.

18. Letak barang-barang pada tempatnya
Ingatan kita juga perlu kepada sesuatu kedudukan barang yang biasa bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Contohnya, letakkan kunci, cermin mata, payung, remote control atau sebagainya di tempat yang sama setiap masa, jangan selalu diubah-ubah sana sini. Jika selalu ubah barang-barang yang digunakan setiap hari, boleh memeningkan kepala untuk mencarinya, terutama sekali kalau hendak cepat. Jika tenang dan fikirkan semula urutan kejadian tanpa gopoh, otak mampu berfungsi mengingatinya. Bagi memudahkan diri sendiri mengingati sesuatu perkara, temu janji atau peristiwa, buatlah nota peringatan.

19. Jangan bersara awal
Jika anda gembira dan merasai kepuasan dengan kerja yang dilakukan, janganlah bersara awal. Bekerja akan membantu mengekalkan daya ingatan dan tidak cepat menjadi pelupa atau nyanyuk. Jika bersara anda akan berhenti terus berfikir mengenai kerja kerana anda hanya lakukan kerja rutin yang tidak perlu menggunakan fikiran yang tajam, dan ini akan mempercepatkan lagi seseorang itu menjadi pelupa.

20. Majlis silaturrahim dengan rakan taulan
Mengadakan majlis perjumpaan, majlis ilmu dan bersilaturrahim sesama rakan-rakan dapat meningkatkan daya ingatan, terutamanya bagi warga emas dan mampu melambatkan risiko nyanyuk.

MENGENALI GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI

2.3 MENGENALI GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI

Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Murid dan guru perlu mengetahui  kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka atau pelajar mereka. Pada asasnya terdapat dua model gaya pembelajaran yang akan dibincangkan di sini, iaitu:

ü Gaya VARK ( Visual, Aural, Reading- Writting, Kinesthetic Learning ) · 
ü Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn· 


Model VARK diasakan oleh Neil Fleming pada tahun 2001 (Allen, Scheve & Nieter,2011). Model ini menerangkan empat gaya pembelajaran berasakan perbezaan individu iaitu :

Visual  - Pelajar belajar melalui penglihatan iaitu seperti menggunakan carta, poster,      grafik dan penggunaan multimedia dalam aktiviti P&P.
Audio  - Pelajar belajar melalui pendengaran iaitu seperti kuliah, penerangan
Bacaan - Menulis semula nota, membuat nota, menghafal, nota,menerangkan semula    gambar atau model menggunakan perkataan sendiri dalam bentuk Powerpoint.
Kinestetik -  Belajar melalui pengalaman dan penglibatan melakukan aktiviti  pembelajaran iaitu seperti  menggunakan kaedah hands on melalui eksperimen, pembelajaran luar bilik darjah, menggunakan gambar rajah dan foto untuk menerangkan idea  kerja lapangan dan sebagainya.

PENGURUSAN MASA

2.2  PENGURUSAN MASA




  Menurut Chek Mat (2005:108) pengurusan masa bolehlah diertikan sebagai 
proses mengatur aktiviti untuk dilaksanakan dalam masa yang sesuai supaya 
mendapat kesan yang maksimum dalam mencapai sesuatu matlamat. Ini 
bermakna, pengurusan masa ialah penjadualan aktiviti atau kerja ynag 
berkaitan dengan masa. Bagi seseorang penyelia,pengurusan masa yang baik
dapat dijalankan dengan perancangan program yang berkesan.
  Dalam proses pengurusan masa , terdapat lima langkah yang perlu dilalui 
oleh ejen pengembangan pengurusan masa yang berkesan. Salah satu 
daripada langkah tersebut iaitu  membentuk matlamat pengurusan masa,
menjadi pusat kepada pusingan proses tersebut.  Langkah ini berhubung terus 
dengan langkah-langkah seterusnya yang dimulai dengan  membentuk falsafah 
dan prinsip pengurusan masa, menghapuskan pembaziran masa serta 
menjadikan pengurusan masa amalan hidup. Antara langkah tersebut 
termasuklah memberi perhatian terhadap keperluan-keperluan pengurusan masa 
seperti disiplin, sikap positif,  ketabahan, dan ketekunan diri.

Langkah 1 : matlamat pengurusan masa
Menentukan matlamat dalam pekerjaan menambahkan cabaran keseronokkan bekerja. Untuk  pengurusan masa yang berkesan, seseorang penyelia perlu mengenal pasti masalah yang dihadapinya berkaitan dengan masa. Ksesedaran yang timbul boleh membentuk matlamat untuk  memperbaiki diri dengan lebih berkesan.

Langkah 2 : falsafah dan prinsip pengurusan masa
Kepercayaan dan landasan untuk menjadi pegangan dalam mengamalkan pengurusan 
masa yang  berkesan perlu dimiliki oleh seseorang. Kita perlu berpegang bahawa masa 
adalah satu-satunya anugerah Allah yang tidak ternilai. Wang tidak boleh membeli masa 
dan masa yang lepas  tidak boleh diganti. Masa sebagai satu komoditi, perlu diurus 
supaya tidak terbuang atau mengambil  masa orang lain.

Langkah 3 : jadual pengurusan masa
Mengatur aktiviti mengikut keutamaan dalam masa-masa tertentu merupakan langkah permulaan dalam pelaksanaan pengurusan masa 
berkesan.  Dengan mencatatkan perkara yang hendak dijalankan ke dalam jadual, dapat 
membuatkan kerja  dengan lebih teratur, mengurangkan pembaziran masa dan dapat 
hasilkan kerja yang lebih cekap.  Aktiviti perlulah disusun mengikut keutamaan dan 
dijalankan pada waktu produktif yang kebiasaanya  pada awal waktu. Dengan membentuk 
jadual harian, minggu atau bulanan, aktiviti yang diatur akan  lebih jelas kelihatan
  
Langkah 4 : hapuskan pembaziran masa
Kenal pasti aktiviti yang menghalang kita daripada menjalankan aktiviti yang telah dijadualkan.  Setelah dikenal pasti, aktiviti tersebut perlu dikurangkan yang kebiasaanya datang dariapada 
diri  sendiri. Terdapat beberapa teknik boleh diamalkan untuk mengurangkan pembaziran 
masa iaitu  dengan mengenal pasti aktiviti yang membuang masa :

Ø Tugas utama
Ø Mesyuarat 
Ø Arahan 
Ø Temu janji
Ø Telefon
Ø Penilaian
Ø Pembangunan diri
Ø Fail susulan

Langkah 5 : penguruan masa amalan hidup
Menguruskan masa tidak boleh dilakukan dengan mengikut kehendak hati. Ia perlu 
dijadikan amalan  hidup seharian untuk menghasilkan kesan yang berpanjangan. Amalan 
pengurusan masa yang  berkesan bukan sahaja untuk memetingkan diri sendiri tetapi untuk 
menghormati masa orang lain. Sekiranya kita tidak suka membazir begitu juga perasaan o
rang lain terhadap masa mereka. 

PENETAPAN MAKLUMAT DIRI DAN AKADEMIK

2.0 PENGURUSAN PEMBELAJARAN

2.1 PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK

Menurut Mohammad Shatar Sabran (2005:8), teori penetapan matlamat Locke dan Latham (1984) menekankan tentang kesanggupan manusia mencapai matlamat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh manusia lain. Contohnya, sejauh manakah usaha pelajar atau kesanggupan pelajar apabila ibu bapa telah menetapkan bahawa mereka mesti memperoleh A dalam kesemua mata pelajaran. Mengikut teori ini matlamat yang telah ditetapkan mempengaruhi kepercayaan seseorang tentang keupayaan untuk melakukan tugas dan juga matlamat dirirnya. Kedua-dua faktor ini mempengaruhi prestasi pelajar dalam pelajaran.

Menurut Abdullah Hassan, Ainon Mohd (2008), pula Edwin Locke mengemukakan motivasi yang dikenali sebagai goal-setting atau teori menetapkan matlamat. Kajian-kajian beliau menunjukkan seseorang itu dapat mencapai prestasi yang lebih baik apabila dia cuba mencapai matlamat yang tepat. Istilah lain bagi matlamat ialah gol. Suatu matlamat ialah suatu standard prestasi yang cuba dicapai :

i. Menyiapkan tugas sebelum pukul sepuluh pagi
ii. Menurunkan kos sebanyak empat sen satu unit
iii. Menaikkan pengeluaran sebanyak tiga peratus minggu hadapan
iv. Mendapat dua A di dalam peperiksaan
v. Membina bangunan paling tinggi di dunia.